Thursday, 1 March 2012

Isu Lynas yang hangat semasa (Sesi 2)

Aman Kampus sedia bantu perjelas isu Lynas
PESERTA Aman Kampus bergambar bersama kakitangan Lynas selepas mengadakan lawatan ke tapak projek kilang Lynas di Gebeng, Kuantan semalam.

KUANTAN - Program Aman Kampus yang membabitkan sekumpulan mahasiswa dari 20 institusi pengajian tinggi tempatan bersedia membantu memperjelaskan isu syarikat Lynas kepada pelajar universiti bagi menangkis dakyah pihak tertentu berhubung isu tersebut.

Pengerusi program itu, Mohd. Shahar Abdullah berkata, berdasarkan penerangan yang diberi pihak syarikat kepada peserta Aman Kampus semalam, kehadiran Lynas di Gebeng dekat sini akan memberi banyak impak positif kepada penduduk.

"Lynas adalah projek yang baik dan bakal memberi impak positif kepada sosioekonomi negara dan seterusnya menyediakan peluang pekerjaan kepada para graduan tempatan," katanya.

Beliau sebelum itu bersama kira-kira 100 mahasiswa yang menyertai Program Aman Kampus mendengar taklimat hampir dua jam oleh wakil syarikat mengenai peluang pekerjaan yang disediakan oleh kilang memproses nadir bumi tersebut.

Mohd. Shahar berkata, selepas ini wakil Aman Kampus akan mengedarkan risalah mengandungi maklumat terperinci berkaitan pembinaan kilang itu di setiap kampus universiti.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

No comments:

Post a Comment