Sunday, 1 April 2012

Tamadun Islam

Tamadun Islam bermula daripada Tanah Semenanjung Tanah Arab. Sebahagian besar Semenanjung Tanah Arab adalah padang pasir dan suku kaum yang mendiami kawasan ini merupakan nomad. Nabi Muhammed [AD 570-632] adalah berkait rapat dengan kewujudan awal Tamadun Islam. Pada 610, Nabi Muhammed telah menerima wahyu pertamanya dari malaikat Gabriel. Pada tahun 615, sebuah komuniti yang terdiri daripada pengikut Nabi Muhammed telah tertubuh di Mecca (Saudi Arabia). Muhammed kemudiannya berhijrah bersama pengikutnya ke Madina (Saudi Arabia) dimana komuniti Muslim ditubuhkan secara rasmi dan kalendar Muslim bermula.

Kronologi Tamadun Islam
Islam berkembang dengan pesat ke negara-negara jiran khususnya Palestin, Iraq, Iran, Syria, Mesir, Semenanjung Tanah Arab dan Africa.

· AD 622 [AH 1] Muhammad menubuhkan Medina.

· AD 632 [AH 10] Muhammad mangkat.

· AD 632-661 Era Ortodoks

· AD 661-750 Dinasti Umayyad

· AD 750-1250 [AH 132-648] Empayar Abassid

· AD 788-959 Dinasti Idrisid

· AD 1040-1145 Dinasti Almoravid


Kitab Suci Quran
Quran merupakan buku suci umat Islam yang mengandungi ajaran dan wahyu yang diturunkan oleh malaikat Gabriel kepada Nabi Muhammed. Terkandung di dalam Quran merupakan 5 rukun utama yang merangkumi:


1. Mengucap dua kalimah syahadah

2. Menunaikan solat fardu lima waktu

3. Berpuasa pada bulan Ramadan

4. Membayar zakat - Zakat fitrah, Zakat harta

5. Mengerjakan Haji di Mekah bagi mereka yang mampu


Friday, 23 March 2012

Tamadun Cina (Bahagian 3)


SAINS DAN TEKNOLOGI

CHINA -     Asas penting perkembangan sains dan teknologi. China menggunakan Konsep Yin dan Yangb dan Teori Lima Unsur.

Bidang-bidang Utama Perkembangan Ilmu Sains di China:
a) Bidang Perubatan- Bermula sejak kurun ke-2 masehi.- Karya perubatan yang terkenal   
i.) Inner Cannon (Nei Ching) – rekod teori-teori perubatan China.   
ii) Yellow Emperor’s Classic of Internal Medicine – teori dan falsafah perubatan China klasik – kelebihan 
    akupunktur, herba, diet dan senaman.   
iii) Treaties on Diseases Caused by Cold Factors – ditulis oleh Chang Chung Ching.   
iv) Material Medica – ditulis oleh Li Shih Chen merupakan ensaiklopedia yang mengandungi hamper 2,000 
     jenis perubatan.
b) Bidang Matematik- Dua karya matematik yang terkenal   
i.) Chou Pei Suan King – mengenai calendar, cara tentukan masa melalui baying.   
ii) Chiu Chan Suan Shu – mengandungi 9 bab mengenai ilmu kira-kira, ukuran dan teori matematik.- Ahli 
    matematik China yang terkenal   1. Liu Hiu   2. Li Zhi   3. Li Shanlan
c) Bidang Astronomi- Dinasti Chou – pembuatan catalog bintang, kejadian gerhana, komet dan penggunaan gnomon dan clepsydra. Sumbangan Tamadun China di Bidang Sains dan Teknologi Alkimia, kompas, serbuk letupan, kertas, percetakan dan seismoskop.

ISLAM DI CHINA - Islam merupakan salah satu agama yang popular dianuti oleh orang Cina. Islam dipercayai telah datang ke China pada abad ke-17. Kini terdapat 17 juta penganut Islam di China dan mereka terdiri daripada bangsa Hui, Uygur, Khazag, Dongxiang, Khirgiz, Salar, Tajik, Uzbek, Bao’an dan Tartar. Terdapat lebih daripada 26,000 masjid dengan 4,000 orang imam di China. Catatan-catatan Tentang Islam di China. Kehadiran 4 orang pendakwah di China semasa era Dinasti Tang (Maharaja Wu-Ti) iaitu:
a) Su-ha-pai Kan-kon-syih (Saad b. Abd. Qais).
b) Kai-su (Qais bin Hudhafah).
c) Wu-ai-su (Urwah bin Abi Uthman).
d) Wan-ko-ssu (Abu Qais bin Al-Harith).

Kehadiran Sulaiman (yang dihantar oleh Hisyam bin Abdul Malik – khalifah Bani Umaiyyah) pada tahun 725 masehi mengadap Maharaja Tang Xuan Zong (Dinasti Tang). Pada tahun 1224, seorang Islam .Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Kewangan Dinasti Yuan. Syed Ajall (Umar Shamsuddin) dari Bukhara dilantik sebagai Gabenor Wilayah Yunnan. Syed Ali Akhbar yang mendiami Peking (Beijing)  sejak abad ke-15 menceritakan tentang kehidupan orang Islam di seluruh China. Pembesar dan Ulama Islam di China-     Cheng Ho. Ma Huan menghasilkan buku Ying Yai Syeng Ian. Liu Zhi ialah penulisan buku ilmu tauhid, falsafah, sirah Nabi Muhammad dan lain-lain. Karya beliau yang terulung Tien Fang hsing li. Buku ini mengandungi hal berkaitan kosmologi, kejadian alam, kejadian makhluk dan keEsaan Allah. Ma Hua-Lung – pemimpin masyarakat Islam di China dan menjadikan Chin-chi-pu sebagai pusat perkembangan Islam.
Sumbangan Islam Terhadap Ilmu Sains dan Teknologi 
a. Bidang Perubatan. Banyak bahan perubatan dari Arab dibawa masuk ke China.   Penulisan buku perubatan oleh seorang Islam bernama Li Xun.   - Buku Hui Yao (kaedah perubatan Muslim).   - Li Shu Sao menjalankan perniagaan perubatan.  Yang Fen de (1833-1899) mendirikan gedung perubatan sehnyang chiejin tan.  Bai yin sheng (1889-1963) mendirikan farmasi – Huaxi da yao fa.   - Ma yinsheng (1899-1984) pakar doctor wanita.   - Yang  tuan shen (1898-1953) mendirikan klinik kesihatan untuk bangsa Hui.   - Buku perubatan mata Bu Chi Fad an Ben Chao Kan Mu – menggunakan kaedah perubatan Islam.
b. Bidang Astronomi dan Matematik- Kaedah perkiraan dari Arab dibawa masuk ke China yang dikenali sebagai xiyi Lishu.- Penggunaan calendar Islam.- Penciptaan peralatan astronomi oleh seorang Islam (Jamaluddin) iaitu alat melihat cuaca, alat bumi, alat bebola langit, alat rata lengkongan dan alat curang lengkongan. 
c. Bidang Ketenteraan- Afendi Shamsudin mencipta meriam Hui Hui dan meriam Xiyi.
d. Bidang Ilmu Pengetahuan- Pembinaan masjid dan dewan untuk membaca Al-Quran, taman, perkuburan dan seni bina Islam. 
e. Bidang Pembinaan Kapal dan Teknik Pelayaran- Ekspedisi pelayaran oleh orang Islam di China melintasi Lautan Pasifik dan Lautan Hindi. Pelayaran ini menyumbangkan kemahiran ilmu pelayaran dan pembinaan kapal.- Berkaitan dengan ilmu pelayaran lahir pula ilmu astronomi, penggunaan kompas dan kaedah mengukur kedalaman air laut. 

Thursday, 22 March 2012

Tamadun Cina (Bahagian 2)


Falsafah Dan Agama

 Perbincangan akan menjurus kepada perkara-perkara berikut:
·          Konfusianisme
·          Buddhisme
·          Daoisme
·          Moisme
·          Legalisme


Konfusianisme

·      Konfusianisme merupakan doktrin kenegaraan yang merangkumi aspek falsafah, keagamaan dan sosio-politik yang terdapat dalam pengajaran Konfusius (551-479 s.m). Asas Konfusianisme dikatakan berasal daripada tulisan-tulisan klasik yang diterbitkan atas nama Konfusius.
·          
    Seperti yang terkandung dalam kitab Analects, pengajaran utama Konfusius menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia, terutama mengenai perikemanusiaan (ren), kesusilaan (li) dan ketaatan kepada ibubapa (xiao).
 Oleh yang demikian, manusia dikatakan berpotensi untuk mencapai 4 jenis sifat yang baik iaitu:
·          Perikemanusiaan (ren)
·          Kewajaran (yi)
·          Kesusilaan (li)
·          Kearifan (zhi)
   
      Menurut pandangan Konfusius, manusia mempunyai sifat semulajadi yang lebih kurang sama pada peringkat permulaan hayat.
·          Mensius menegaskan sifat semula jadi manusia baik ketika dilahirkan.
·          Xunzi menyatakan sifat semulajadi manusia adalah jahat.
·          Gaozi menyatakan sifat semulajadi manusia tidak baik dan tidak jahat.
·          Wulun merupakan 5 jenis hubungan order sosial dalam falsafah Konfusius iaitu:
·          raja dengan menteri
·          ayah dengan anak
·          suami dengan isteri
·          abang dengan adik
·          kawan dengan kawan


Buddhisme

·      Diasaskan oleh Siddhartha Gautama Buddha di India pada kurun ke-6 s.m dan disebar ke China pada kurun masehi yang pertama. Asas pengajarannya iaitu penderitaan adalah berpunca daripada hawa nafsu yang merupakan akar kepada pelbagai masalah manusia. Hawa nafsu dapat dihindarkan dengan mengikuti Jalan Lapan Lapis Mulia atau Jalan Pertengahan (middle way) yang menggelakkan diri daripada melakukan perbuatan melampau yang terlalu mengikut perasaan.

·         Dua cabang agama Buddha yang terkemuka iaitu:

  • ·   Theravada - pengajarannya berasaskan doktrin dan penyelamat hanya ditawarkan kepada Sami Buddha.
  • ·        Mahayana - pengajarannya membuka jalan penyelamat kepada semua insan.

Daoisme

Diasaskan oleh dua orang pemikir iaitu Lao Zi (604 s.m) dan Zhuang Zi (369-2865 s.m) yang berpendapat:
·         Pemeliharaan alam semulajadi. Wuwei bermaksud melakukan perbuatan secara spontan dan tanpa sebarang usaha. Kitab Daodejing merupakan sebuah karya klasik mistik bagi aliran keagamaan Dao kerana ayatnya yang ringkas, penuh dengan konotasi terbuka kepada pelbagai tafsiran selain menerangkan mengenai aspek metafizik Dao.


Moisme

·    Diasaskan oleh Mo Zi (479-381 s.m).Antara konsep penting pemikiran aliran ini termasuk aspek kasih sayang sejagat (jian’ai), mengecam sikap suka berperang (feigong), menyerah kepada nasib (feiming) dan mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian). Penegasan aliran ini kepada sikap mengejar kepentingan (gongli), menyebabkan pengikutnya menentang konsep mandat tuhan yang dikemukakan aliran Konfusianisme.


Legalisme

Diasaskan oleh Han Fei dan dilaksanakan semasa China di bawah pemerintahan dinasti Qin. 

Han Fei Zi telah menggabungkan 3 kaedah dalam sistem pemerintahan aliran Legalis iaitu:
·          Kuasa (Shi).
·          Cara (Shu).
·          Perundangan (Fa).

·         Legalisme mengutamakan pemikiran sosio-politik dan kekuasaan pihak pemerintah terhadap rakyatnya.
·         Legalisme menyarankan pemerintahan berteraskan undang-undang adalah lebih baik daripada pemerintahan etika seperti yang disarankan aliran Konfusianisme. Aliran ini telah mengasaskan pembentukan kerajaan pusat autokrasi mutlak di negara China.

Tuesday, 20 March 2012

Tamadun Cina (Bahagian 1)

Asal-usul, Unsur-unsur Asas & Orientasi Sistem Nilai

Pengenalan
Tamadun Cina juga merupakan salah satu tamadun yang tertua dan berkesinambungan hingga hari ini kerana:

  • ·     Memiliki sifat-sifat terbuka dalam interaksinya dengan tamadun lain.
  • ·      Berjaya mengekalkan identitinya.

Tamadun Cina dikatakan bermula di:

  • ·         Lembah Huanghe di utara China.
  • ·         Lembah Yangzijiang di selatan China.
Berdasarkan bukti penemuan arkeologi, kebudayaan awal ini disebut Yangshao.  Ini berdasarkan nama tinggalan kampung jenis tradisi kebudayaan ini yang terletak di Yangshao di wilayah Shaanxi. Selama lebih kurang 5,000 tahun lamanya iaitu sejak kurun ke-6 s.m telah diganti secara beransur-ansur oleh kebudayaan Longshan. Kebudayaan Longshan dikatakan lebih maju berbanding kebudayaan Yangshao. Diberi nama berdasarkan penemuan tapak arkeologi di Longshan di wilayah Shandung.


Unsur-unsur Asas Tamadun Cina:

  • ·        Perbincangan akan merujuk kepada:
  • ·        Alam sekitar mencorakkan tamadun
  • ·        Sistem pertanian purba
  • ·        Bahasa dan sistem tulisan
  • ·         Pembentukan Bangsa Tionghua
  • ·     Falsafah dan agama
  • ·         Institusi politik dan sistem pemerintahan
  • ·         Keluarga dan masyarakat
  • ·         Orientasi sistem nilai
Alam Sekitar Mencorakkan Tamadun Cina:

·         Tempoh Neolitik mempunyai kedudukan penting dalam sejarah perkembangan tamadun Cina
·         Aktiviti pertanian telah wujud.
·         Terdapat benih-benih padi, bukti adanya penanaman padi secara besar-besaran.
·         Keadaan cuaca dan lokasi geografi membolehkan penamanan padi.

Sistem Pertanian Purba

Memperlihatkan kesanggupan manusia untuk menyesuaikan diri dengan keadaan iklim dan geografi yang berbeza.  Kedua-dua jenis kebudayaan (Yangshao) dan (Longshan) telah mengasaskan peradaban bercorak pertanian. Ini menjawab persoalan kenapa pembangunan berbentuk pertanian dititikberatkan termasuk pandangan semesta.  Mencorakkan sikap dan pemikiran peradaban Cina yang berdirikari dan cintakan perdamaian.


Bahasa Dan Sistem Tulisan

·         Bahasa Cina merupakan bahasa yang masih kekal dan berkembang serta digunakan sehingga ke hari ini.
·         Tulisan Cina yang dikenali sebagai Hanzi (tulisan Han) telah dicipta berdasarkan kaedah:

  • ·         xiang xing (lambang bergambar).
  • ·         Zhishi (lambang petunjuk).
  • ·         huiyi (lambang petunjuk fikiran).
  • ·         Xing sheng (gabungan bentuk-bunyi).
  • ·         Zhuanzhu(mutual semantic transfer
  • ·     Jiajie (loan character)
·         Kesemua kaedah tersebut dikenali/tergolong sebagai Liushu.
·                   Bentuk tulisan Cina inilah yang telah menyumbang terhadap perpaduan bangsa Cina dan pembentukan tamadun Cina.
·                   Walaupun terdapat banyak dialek di China yang sebutannya mungkin berbeza antara satu dengan yang lain tetapi orang Cina hanya perlu mempunyai satu sistem tulisan yang tunggal yang boleh digunakan oleh semua orang Cina sebagai bahasa pengantar untuk berkomunikasi.
·                  Bahasa Cina telah menjadi faktor unifikasi utama dan amat penting bagi tamadun Cina.


Pembentukan Bangsa Tionghua

·        Berdasarkan arkeologi dan catatan sejarah purba terdapat begitu banyak suku-suku yang wujud.
·        Menurut sarjana terdapat 3 kumpulan bangsa yang terbesar pada zaman purba:
·         Kumpulan Yan-Huang yang diwakili Yan Di dan Huang Di dikatakan berasal dari kawasan di 
      Provisi Shaanxi di bahagian barat China.
·         Kumpulan Feng-Yang tersebar disekitar di bahagian timur China.
·         Kumpulan Miao-Man terdiri suku bangsa di selatan China.
·         Integrasi ketiga-tiga kumpulan ini dan suku bangsa lain akhirnya terbentuk bangsa   Tionghua pada 
       hari ini.

Tuesday, 6 March 2012

Isu Lynas yang hangat semasa (Sesi 5)

Sisa Lynas dipindah lokasi jauh, selamat

Oleh Anwar Hussin, Khairul Anuar Abdul Samad dan Norliza Wasilan

2012/03/03


KOTA BHARU: Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan, sisa buangan kilang memproses nadir bumi Lynas Corporation Ltd di Gebeng, Pahang, akan dipindahkan ke lokasi lain yang selamat dan jauh dari penempatan manusia. 

Perdana Menteri berkata, kerajaan membuat keputusan itu bagi mengelakkan kebimbangan masyarakat yang mempengaruhi emosi dan psikologi walaupun pakar agensi pemantauan nuklear mengesahkan kilang itu selamat.

"Walaupun saintis sudah mengeluarkan bukti termasuk akuan badan antarabangsa bahawa sisa buangan itu selamat tetapi masih ada orang tidak puas hati membabitkan soal emosi dan psikologi, jadi kita putuskan pindahkan sisa buangan itu ke tempat lebih jauh," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Majlis Ramah Mesra bersama Profesional Kelantan di sini, semalam.

Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan timbalannya, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin serta Ketua UMNO bahagian Kota Bharu, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh.

Najib berkata, kerajaan masih menimbang lokasi bagi sisa buangan akan dipindahkan itu dan akan mengumumkannya kelak.

Sebelum ini, akhbar melaporkan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) merumuskan kilang nadir bumi Lynas Corporation selamat dan hanya perlu melakukan penambahbaikan terhadap beberapa aspek teknikal sebelum meneruskan operasi ke peringkat seterusnya.

Laporan hasil kajian pakar agensi pemantauan nuklear itu menyatakan tidak menemui sebarang ‘ketidakpatuhan piawaian keselamatan radiasi antarabangsa’ dalam projek itu. 
Bagaimanapun, isu Lynas dimanipulasi pembangkang dengan mengajak rakyat berdemonstrasi Ahad lalu. 

Sementara itu, berhubung kedudukan Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri, yang didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam kelmarin dan dikenakan penjara enam tahun dan denda RM400,000, Najib berkata, Abdul Rahman masih Ahli Parlimen kerana kesnya dalam proses rayuan di mahkamah.

Berhubung calon Menteri Besar Kelantan, Najib yang juga Presiden UMNO, berkata, UMNO sudah mempunyai calon berwibawa untuk diketengahkan bagi menentang PAS terutama Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pada pilihan raya umum akan datang.

“Bila sampai masanya, kita akan bariskan kepemimpinan parti yang pada pendapat kita begitu berwibawa untuk diketengahkan sebagai pemimpin di negeri ini,” katanya.

Ditanya sama ada Mustapa sebagai calon terbaik, Najib berkata, sekarang ia masih terbuka.

“Kita tengok dulu pendapat semua pihak dan kalau Tok Pa sanggup, 'no problem'. Bagaimanapun, kita akan umumkan apabila tiba masanya,” katanya.

Ditanya mengenai Hamas menolak kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Najib berkata, ia menunjukkan Anwar memberi keutamaan kepada Israel, bukannya perjuangan rakyat Palestin.

“Malaysia sentiasa memberi keutamaan kepada perjuangan dan kepentingan Palestin seperti diperjuangkan dengan surat ditulis Tun Dr Mahathir Mohamad; Tun Abdullah Badawi dan saya. Dasar negara konsisten, kita tidak berubah dasar terhadap Palestin,” katanya.


(Berita ini dipetikan daripada Berita Harian)

Sunday, 4 March 2012

Isu Lynas yang hangat semasa (Sesi 4)



Himpunan Hijau 3.0 jika sisa tidak dibawa keluar


Desakan menuntut supaya bahan sisa radioaktif dari kilang memproses nadir bumi Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) di Gebeng, Kuantan semakin lantang apabila pelbagai pihak, termasuk NGO dan parti politik mahu ia di bawa keluar dari negara ini.



"Jika tuntutan ini tidak diharaukan, kita tidak menolak Himpunan Hijau 3.0 dianjurkan," kata Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS, Zulkefli Mohd Omar yang dipetik Harakahdaily. 

Semalam, selepas desakan orang ramai, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa sisa buangan kilang itu akan dipindahkan ke lokasi lain yang jauh dari penempatan penduduk. 

Katanya, tindakan itu bertujuan untuk menghilangkan kerisauan penduduk tempatan walaupun pihak kerajaan yakin ia selamat. Namun lokasi itu tidak dinyatakan. 

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong dalam komennya mencadangkan kepada Najib agar mengumumkan saja tempat baru sisa itu adalah di kawasan parlimennya iaitu Pekan. 

Hujah Najib, kononnya sisa ini tidak bahaya tetapi keputusan kerajaan itu diambil setelah mengambil kira soal kelegaan masyarakat tempatan daripada segi psikologi dan emosi juga ditolak oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP). 

Presiden CAP, SM Mohamed Idris dalam kenyataan medianya berkata berdasarkan apa yang berlaku kepada kilang penapisan Asia Rare Earth di Bukit Merah, yang beroperasi sekitar tahun 1980-an, perlu dijadikan iktibar. 

Katanya, kerajaan terpaksa membuang semua tanah seluruh tapak kilang dan kawasan sekitarnya di Bukit Merah dan disimpan dalam tong dan seterusnya dimasukkan ke dalam sebuah bukit di Perak. 

"Membenarkan Lynas membuang sisa kilang ini di Malaysia adalah satu subsidi besar buat syarikat Australia itu. 

“Jangkaan pendapatan yang mungkin diperolehi dari kilang ini adalah sebanyak RM30 juta untuk lima tahun. 

"Namun, kesan kepada ekonomi, sosial, alam sekitar dan kos kesihatan kepada pekerja, masyarakat sekitar, tanah, air, lautan dan generasi akan datang dijangka berjumlah sehingga RM150 juta," kata SM Mohamad. 

Selain itu, katanya timbul kebimbangan sampai berapa lama bahan radioaktif dalam takungan berkenaan akan selamat dan tidak bocor atau tercemar akibat perubahan cuaca dan jenis tanah di kawasan itu. 

“Sedangkan, separuh hayat kepada bahan radioaktif yang dihasilkan dari thorium itu akan berumur ribuan tahun kalau tidak jutaan tahun pun.” 


Australia sebelum ini dilaporkan telah membuat keputusan tidak akan menerima sisa yang diproses dari kilangnya di Gebeng untuk dibawa pulang ke negara itu semula. 

Berita ini dipetikan daripada Malaysiakini http://www.malaysiakini.com/news/190975





Thursday, 1 March 2012

Isu Lynas yang hangat semasa (Sesi 3)

Lynas? Perkataan ini boleh didengar daripada sesiapa, tetapi adakah semua orang mengetahui tentang "Lynas"? 

Lynas Corporation Ltd merupakan syarikat Australia yang diberikan kelulusan pada Januari 2008 untuk mendirikan sebuah kilang di Gebeng, Kuantan, Pahang. 

Lynas digunakan untuk mencipta alat berteknologi tinggi termasuk telefon pintar dan kenderaan hidbrid. Semua bidang mempunyai kebaikan dan keburukan, termasuklah projek Lynas. Tetapi projek yang mempunyai keburukan melebihi kebaikan adakah sepatutnya masih dijalankan?? Malaysia merupakan negara yang demokrasi, perkataan daripada rakyat sepatutnya didengarkan. 


Selepas projek Lynas diumumkan, ramai rakyat menentangi projek ini dengan memakai baju hijau. Mengapakah rakyat mengadakan kempen-kempen pembentangan  Lynas? Sebab rakyat tidak memahami tentang Lynas, rakyat hanya memerlukan negara yang sihat dan aman untuk keluarga mereka sahaja. Terdapat banyak persoalan tentang Lynas yang membimbangkan rakyat. 

1) Adakah Lynas membawa kesan buruk radioaktif? Adakah Lynas mengakibatkan penyakit kronik dan cancer? 

2) Adakah Lynas akan mengakibatkan hujan radioaktif?

3) Adakah negara kita akan  menimpa insiden kebocoran radioaktif Fukushima pada 21 Mac 2011 pada masa depan?  

Adakah pemimpin-pemimpin menimbang tentang bantahan daripada rakyat? Apakah yang akan dilaksanakan oleh pemimpin negara untuk menyelesaikan isu ini. Pemimpin negara sepatutnya memberikan penjelasan tentang kebaikan dan keburukan kepada rakyat supaya rakyat dapat memehami motif perancangan projek Lynas dan keselamatan keluarga rakyat dapat dijaminkan.