Thursday 22 March 2012

Tamadun Cina (Bahagian 2)


Falsafah Dan Agama

 Perbincangan akan menjurus kepada perkara-perkara berikut:
·          Konfusianisme
·          Buddhisme
·          Daoisme
·          Moisme
·          Legalisme


Konfusianisme

·      Konfusianisme merupakan doktrin kenegaraan yang merangkumi aspek falsafah, keagamaan dan sosio-politik yang terdapat dalam pengajaran Konfusius (551-479 s.m). Asas Konfusianisme dikatakan berasal daripada tulisan-tulisan klasik yang diterbitkan atas nama Konfusius.
·          
    Seperti yang terkandung dalam kitab Analects, pengajaran utama Konfusius menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia, terutama mengenai perikemanusiaan (ren), kesusilaan (li) dan ketaatan kepada ibubapa (xiao).
 Oleh yang demikian, manusia dikatakan berpotensi untuk mencapai 4 jenis sifat yang baik iaitu:
·          Perikemanusiaan (ren)
·          Kewajaran (yi)
·          Kesusilaan (li)
·          Kearifan (zhi)
   
      Menurut pandangan Konfusius, manusia mempunyai sifat semulajadi yang lebih kurang sama pada peringkat permulaan hayat.
·          Mensius menegaskan sifat semula jadi manusia baik ketika dilahirkan.
·          Xunzi menyatakan sifat semulajadi manusia adalah jahat.
·          Gaozi menyatakan sifat semulajadi manusia tidak baik dan tidak jahat.
·          Wulun merupakan 5 jenis hubungan order sosial dalam falsafah Konfusius iaitu:
·          raja dengan menteri
·          ayah dengan anak
·          suami dengan isteri
·          abang dengan adik
·          kawan dengan kawan


Buddhisme

·      Diasaskan oleh Siddhartha Gautama Buddha di India pada kurun ke-6 s.m dan disebar ke China pada kurun masehi yang pertama. Asas pengajarannya iaitu penderitaan adalah berpunca daripada hawa nafsu yang merupakan akar kepada pelbagai masalah manusia. Hawa nafsu dapat dihindarkan dengan mengikuti Jalan Lapan Lapis Mulia atau Jalan Pertengahan (middle way) yang menggelakkan diri daripada melakukan perbuatan melampau yang terlalu mengikut perasaan.

·         Dua cabang agama Buddha yang terkemuka iaitu:

  • ·   Theravada - pengajarannya berasaskan doktrin dan penyelamat hanya ditawarkan kepada Sami Buddha.
  • ·        Mahayana - pengajarannya membuka jalan penyelamat kepada semua insan.

Daoisme

Diasaskan oleh dua orang pemikir iaitu Lao Zi (604 s.m) dan Zhuang Zi (369-2865 s.m) yang berpendapat:
·         Pemeliharaan alam semulajadi. Wuwei bermaksud melakukan perbuatan secara spontan dan tanpa sebarang usaha. Kitab Daodejing merupakan sebuah karya klasik mistik bagi aliran keagamaan Dao kerana ayatnya yang ringkas, penuh dengan konotasi terbuka kepada pelbagai tafsiran selain menerangkan mengenai aspek metafizik Dao.


Moisme

·    Diasaskan oleh Mo Zi (479-381 s.m).Antara konsep penting pemikiran aliran ini termasuk aspek kasih sayang sejagat (jian’ai), mengecam sikap suka berperang (feigong), menyerah kepada nasib (feiming) dan mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian). Penegasan aliran ini kepada sikap mengejar kepentingan (gongli), menyebabkan pengikutnya menentang konsep mandat tuhan yang dikemukakan aliran Konfusianisme.


Legalisme

Diasaskan oleh Han Fei dan dilaksanakan semasa China di bawah pemerintahan dinasti Qin. 

Han Fei Zi telah menggabungkan 3 kaedah dalam sistem pemerintahan aliran Legalis iaitu:
·          Kuasa (Shi).
·          Cara (Shu).
·          Perundangan (Fa).

·         Legalisme mengutamakan pemikiran sosio-politik dan kekuasaan pihak pemerintah terhadap rakyatnya.
·         Legalisme menyarankan pemerintahan berteraskan undang-undang adalah lebih baik daripada pemerintahan etika seperti yang disarankan aliran Konfusianisme. Aliran ini telah mengasaskan pembentukan kerajaan pusat autokrasi mutlak di negara China.

No comments:

Post a Comment