Wednesday, 22 February 2012

Pengenalan tentang sebab kita perlu belajar Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)

Pengajian tamadun adalah penting pada masa kini agar mengenali keunggulan tamadun kuno, kelebihan dan kelemahan masa dahulu dan kini bagi merencana strategi masa hadapan. Berdasarkan pengajian ini, pemahaman tentang latar belakang masyarakat, sistem kepercayaan agama dan kepelbagaian budaya pada tamadun silam. 

Dalam pengajian tamadun ini, kita dapat lebih memahami perbezaan agama, kebudayaan dan bangsa antara tamadun Islam, tamadun Cina, tamadun India dan tamadun Asia.






Dengan ini, kita dapat menyemat persefahaman sesama rakyat dan sikap hormat-menghormati dalam kalangan rakyat yang berasal dari pelbagai agama, keturunan, bangsa dan budaya di negara kita. Melalui pembelajaran tamadun, rakyat dapat mengambil iktibar dari masa silam dan melahirkan mahasiswa-mahasiswi yang berfikiran lebih luas, berpandangan global dan melengkapkan ilmu dan memupuk serta membentuk tiang negara di masa hadapan.

No comments:

Post a Comment